Our Team

PISMP PRASEKOLAH SEM 2

Sunday 2 September 2012

Model Bunker and Thorpe (Teaching Games for Understanding)

Pengenalan

•Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughboroungh

•TGFU merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan.

•Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu. TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal


MATLAMAT TGFU

•Memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

•Pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan

• Model TGfU juga menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan

Kategori Permainan dalam Pendekatan TGFU
•Jaring/Dinding (net.wall)

•Penyerangan/Invasion

•Pemadang/Fielding

•Sasaran/Target

Jaring / Gelanggang ( net/ wall)

•Permainan melibatkan aktiviti menghantar satu objek ke kawasan pihak lawan dan berusaha menghalang pihak lawan menghantar balik ,untuk mendapat mata.Contoh permainan kategori ialah seperti tenis ,bola tampar, dan squash.

Penyerangan ( Invasion )

•Penyerangan ialah permainan yang bertujuan menceroboh kawasan pihak lawan untuk mendapatkan mata dalam masa yang ditentukan. Objek atau bola dibawa bersama untuk lontar ke targetnya atau gol pihak lawan untuk mendapat mata. Contoh: hoki, soccer, bola keranjang dan bola jarring.

Pemukulan dan Pemadang

•Permainan yang melibatkan pukulan dan padang.Ia bertujuan untuk mengutip mata dengan membuat larian dalam masa yang dibenarkan atau sebelum pihak lawan Berjaya menangkap bola atau objek. Contoh permainan tersebut ialah seperti kriket,softball dan baseball.

Permainan Target

•Bentuk permainan ini melibatkan sasaran ditentukan dan pelancar digunakan untuk mengena sasaran setepat mungkin untuk mendapat mata. Contoh permainan tersebut ialah golf, memanah , tenpin bowling. Dalam model TGFU terdapat tiga pendekatan,iaitu kumpulan bilangan besar, kumpulan bilangan sikit dan menentukan matlamat permainan.( Webb,Pearson dan Forest 2006 .

KELEBIHAN

•TGFU berfokus dari bagaimana kepada apa, bila, mana sehingga pada pemahaman mengapa. Murid perlu pemikiran yang kritis dan menyelesai masalah.

• Murid sentiasa perlu membuat keputusan dalam membuat bandingan, analisis dan sintesis.

• Murid sentiasa berada dalam situasi membuat keputusan ia dapat meningkatkan kreativiti dan kesanggupan mereka dalam penyoalan.

•Murid perlu belajar menghargai keadilan dan kerjasama dalam perlawanan.

•Murid dilatih dalam pengawalan diri dan belajar bertanggungjawab terhadap peraturan.

•Murid dapat menghadapi cabaran mengikut kemampuan mereka.


KEBURUKAN

Pengubahsuaian permainan mungkin akan mengubah sifat asal sesuatu permainan itu.
•Peralatan yang digunakan berkemungkinan tidak sesuai .

1 comment:

  1. Assalalamualikom...

    Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah atas keberanian menulis tentang TGfU dalam versi bahasa. Ini boleh jadi panduan kepada pembaca lebih-lebih lagi guru di sekolah.

    Hanya istillah - Pemadang tidak tepat kerana ia adalah orang sepatutnya ialah Kategori Pukulan/ Memadang (Striking/ Fielding) dan Kategori Serangan (Invasion).

    Berhati-hati menggunakan istillah kerana akan memberi kesan kepada pembaca. Bincang dengan pensyarah anda terlebih dahulu sebelum upload sesuatu bahan.

    Walaubagaimanapun tahniah dan teruskan lagi usaha ini memberi maklumat kepada guru lebih-lebih lagi guru PJ.

    Rodzli
    Jabatan PJK
    IPG Kampus Batu Lintang
    Kuching, Sarawak.

    ReplyDelete