1.0 Pengenalan
Menurut
tokoh dalam bidang pendidikan jasmani seperti LeBlanc, B. Dan Lowy, S.
(1994) serta Burton (1977), pergerakan asas merupakan proses yang memandu
pelajar atau pelaku untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi
teknik-teknik menyelesaikan masalah dan peningkatan dengan menekankan kebebasan
ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan
kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk
bergerak dan bergerak untuk belajar dan ia melibatkan gabungan psikomotor,
kognitif dan afektif iaitu hubung kait motor penglihatan, motor-pendengaran dan
motor kinestatik.
Pergerakan
asas meliputi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor
ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan
seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Pergerakan lokomotor
adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh
pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting,
lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan
galop.
Pergerakan
bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak
tanpa beredar dan ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada
sendi buka-tutup dan pusing putar. Oleh yang demikian pergerakan bukan
lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku
pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk,
tarik naik pasangan, melentik, mengangkat tangan, menghayun tangan dan
sebagainya. Perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor
merupakan kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan dan
sebagainya. Manakala bukan lokomor pula merupakan kebolehan bergerak
menggunakan otot-otot kecil.
Manipulasi
alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan alatan.
Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau dalam
kumpulan. Namun, pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji
keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti
dalam suasana yang dipilih. Melalui pembelajaran kemahiran ini, pelaku atau
individu tersebut dapat mengawal dan mengendalikan pelbagai objek seperti pundi
kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, reben, gelung kecil dan
sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz, dan komposisi.
2.0 Matlamat
Matlamat
penghasilan kertas kerja ini adalah sebagai suatu penyediaan sebelum ujian
amali. Selain itu, ia juga untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelatih
atau pelaku tentang pergerakan asas. Oleh itu, seseorang individu dapat
mempraktikan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) menerusi
pergerakan-pergerakan asas yang dilakukan secara individu atau kumpulan.
3.0 Objektif
Kertas
kerja yang disediakan ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut :
i.
memberi
peluang kepada pelatih untuk mencurahkan idea.
ii.
mempelajari
cara untuk menyusun atur pergerakan mengikut ruang dan aliran.
iii.
pelatih
dapat menjana idea dan pemikiran yang kreatif, mereka cipta serta mencipta
pergerakan tubuh badan.
iv.
meningkatkan
kefahaman tentang pergerakan jika bergabung dengan alatan.
v.
Dapat
menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat berkerjasama,
kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri pelajar.
vi.
Dapat
membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan yang diberi.
4.0 Kumpulan
Sasaran
Murid-murid
Sekolah Rendah Tahap Satu
6.0 Rumusan
Melalui kertas kerja dan ujian amali yang dilakukan, ia telah banyak
meningkatkan kefahaman kami tentang pergerakan asas. Kami telah banyak
memperoleh pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini kerana kami telah banyak
mencari dan meneroka maklumat ketika dalam proses menyiapkan kertas kerja ini.
Di samping itu, semasa dalam proses mencipta pergerakan untuk stesen-stesen
tertentu, ia telah mencungkil kreativiti kami sekumpulan dengan menjana idea
yang baru. Kami juga mendapati bahawa pergerakan asas adalah amat menarik
sekiranya kita meletakkan usaha dalam kreativiti untuk mencipta pergerakan
baru.
![]() |
Pergerakan
|
Ahli
|
Aktiviti / Kemahiran
|
Catatan
|
||
1
|
Bukan Lokomotor
|
A dan B
(kumpulan)
|
Berdiri sambil melambung gelung kepada
rakan
|
Gelung : 2
|
||
2
|
Lokomotor
|
A dan B
(kumpulan)
|
Berlari sambil melompat dengan tali.
|
Tali : 1
|
||
3
|
Bukan Lokomotor
|
C dan D
(kumpulan)
|
Berdiri sambil melantun bola kepada
rakan.
|
Bola : 2
|
||
4
|
Lokomotor
|
C dan D
(kumpulan)
|
Galop sambil
memegang tali secara berpasangan
|
Tali : 1
|
||
5
|
Bukan Lokomotor
|
A, B, dan C (kumpulan)
|
Membongkok di atas peti lombol sambil
melontar dan sambut bola daripada rakan yang berdiri di bawah
|
Bola : 1
|
||
6
|
Lokomotor
|
B
(individu)
|
Menggolek bola lalu berguling di atas
tilam dan menangkap bola sebelum sampai ke hujung tilam.
|
Bola : 1
|
||
7
|
Bukan Lokomotor
|
A
(individu)
|
Memutar gelung di pinggang
|
Gelung : 1
|
||
8
|
Lokomotor
|
D (individu)
|
Melambung gelung ke atas dan menyambut.
|
Gelung : 1
|
||
9
|
Bukan Lokomotor
|
A dan B
|
Imbangan badan dan melantun bola kepada
rakan.
|
Bola : 2
|
||
10
|
Lokomotor
|
B ( Individu )
|
Berlari perlahan sambil mengelecek bola melalui skitel
|
Bola : 1
|
||
11
|
Bukan lokomotor
|
C dan D (kumpulan)
|
Duduk sambil memutar dan menggolek bola
kepada rakan
|
Bola : 2
|
||
12
|
Lokomotor
|
C dan D (kumpulan)
|
Memutar gelung secara perpasangan dari
kiri ke kanan bangku gimnastik
|
Gelung : 2
|
||
13
|
Bukan lokomotor
|
A dan B (kumpulan)
|
Duduk bersila sambil melontar dan menggolek
bola
|
Bola : 2
|
||
14
|
Lokomotor
|
A (individu)
|
Merangkak sambil menggolek bola
|
Bola : 1
|
||
15
|
Bukan lokomotor
|
A dan C (kumpulan)
|
Mengimbangkan badan secara berpasangan
sambil tangan memutar tali
|
Tali : 2
|
||
16
|
Bukan lokomotor
|
C (individu)
|
Skiping mengunakan gelung
|
Gelung : 1
|
||
17
|
Bukan lokomotor
|
A B C dan D (kumpulan )
|
Berdiri sambil menggolek dan melambung
gelung kepada rakan
|
Gelung : 4
|
||
18
|
Lokomotor
|
C dan D(kumpulan)
|
Skipping sambil berlari
secara berpasangan
|
Tali : 1
|
||
19
|
Lokomotor
|
A (individu)
|
Melompat di atas papan anjal dan
memukul bola yang dibaling oleh rakan.
|
Bola : 1
|
||
20
|
Bukan lokomotor
|
A B C dan D (kumpulan)
|
Berdiri sambil memutar gelung dan meleret
kepada rakan dalam bulatan.
|
Gelung : 1
|
||
|
How to play pokies - DrMCD
ReplyDeleteHow to play pokies · How to play pokies · How to play pokies · How 강릉 출장안마 to play 포천 출장마사지 pokies 의왕 출장안마 · 화성 출장마사지 How to play 평택 출장마사지 pokies