Our Team

PISMP PRASEKOLAH SEM 2

Saturday 1 September 2012

Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102



1.0  Pengenalan

Menurut tokoh dalam bidang  pendidikan jasmani seperti LeBlanc, B. Dan Lowy, S. (1994) serta Burton (1977), pergerakan asas merupakan proses yang memandu pelajar atau pelaku untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan peningkatan dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar dan ia melibatkan gabungan psikomotor, kognitif dan afektif iaitu hubung kait motor penglihatan, motor-pendengaran dan motor kinestatik.
Pergerakan asas meliputi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Pergerakan lokomotor adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.
Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar dan ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, tarik naik pasangan, melentik, mengangkat tangan, menghayun tangan dan sebagainya. Perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan dan sebagainya. Manakala bukan lokomor pula merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil.
Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan alatan.  Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau dalam kumpulan. Namun, pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti dalam suasana yang dipilih. Melalui pembelajaran kemahiran ini, pelaku atau individu tersebut dapat mengawal dan mengendalikan pelbagai objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, reben, gelung kecil dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz, dan komposisi.
2.0  Matlamat
Matlamat penghasilan kertas kerja ini adalah sebagai suatu penyediaan sebelum ujian amali. Selain itu, ia juga untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelatih atau pelaku tentang pergerakan asas. Oleh itu, seseorang individu dapat mempraktikan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) menerusi pergerakan-pergerakan asas yang dilakukan secara individu atau kumpulan.
3.0  Objektif
Kertas kerja yang disediakan ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut :

      i.        memberi peluang kepada pelatih untuk mencurahkan idea.
    ii.        mempelajari cara untuk menyusun atur pergerakan mengikut ruang dan aliran.
   iii.        pelatih dapat menjana idea dan pemikiran yang kreatif, mereka cipta serta mencipta pergerakan tubuh badan.
   iv.        meningkatkan kefahaman tentang pergerakan jika bergabung dengan alatan.
    v.        Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri pelajar.
   vi.        Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan yang diberi.

4.0  Kumpulan Sasaran
Murid-murid Sekolah Rendah Tahap Satu


6.0 Rumusan
            Melalui kertas kerja dan ujian amali yang dilakukan, ia telah banyak meningkatkan kefahaman kami tentang pergerakan asas. Kami telah banyak memperoleh pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini kerana kami telah banyak mencari dan meneroka maklumat ketika dalam proses menyiapkan kertas kerja ini.
Di samping itu, semasa dalam proses mencipta pergerakan untuk stesen-stesen tertentu, ia telah mencungkil kreativiti kami sekumpulan dengan menjana idea yang baru. Kami juga mendapati bahawa pergerakan asas adalah amat menarik sekiranya kita meletakkan usaha dalam kreativiti untuk mencipta pergerakan baru.

Text Box: 5.1 Prosedur Pelaksanaan DemonstrasiBil
Pergerakan
Ahli
Aktiviti / Kemahiran

Catatan
1
Bukan Lokomotor
A dan B
(kumpulan)
Berdiri sambil melambung gelung kepada rakan

 Gelung : 2
2
Lokomotor
A dan B
(kumpulan)
Berlari sambil melompat dengan tali.

Tali : 1
3
Bukan Lokomotor
C dan D
(kumpulan)
Berdiri sambil melantun bola kepada rakan.

Bola : 2
4
Lokomotor
C dan D
(kumpulan)
Galop sambil memegang tali secara berpasangan

Tali : 1
5
Bukan Lokomotor
A, B, dan C  (kumpulan)
Membongkok di atas peti lombol sambil melontar dan sambut bola daripada rakan yang berdiri di bawah

Bola : 1
6
Lokomotor
B
(individu)
Menggolek bola lalu berguling di atas tilam dan menangkap bola sebelum sampai ke hujung tilam.

Bola : 1
7
Bukan Lokomotor
A
(individu)
Memutar gelung di pinggang 

Gelung : 1
8
Lokomotor
D (individu)
Melambung gelung ke atas dan menyambut.

Gelung : 1
9
Bukan Lokomotor
A dan B
Imbangan badan dan melantun bola kepada rakan.
Bola : 2
10
Lokomotor
B ( Individu )
Berlari perlahan sambil mengelecek  bola melalui skitel

Bola : 1
11
Bukan lokomotor
C dan D (kumpulan)
Duduk sambil memutar dan menggolek bola kepada rakan

Bola : 2
12
Lokomotor
C dan D (kumpulan)
Memutar gelung secara perpasangan dari kiri ke kanan bangku gimnastik

Gelung : 2
13
Bukan lokomotor
A dan B (kumpulan)
Duduk bersila sambil melontar dan menggolek bola

Bola : 2
14
Lokomotor
A (individu)
Merangkak sambil menggolek bola

Bola : 1
15
Bukan lokomotor
A dan C (kumpulan)
Mengimbangkan badan secara berpasangan sambil tangan memutar tali

Tali : 2
16
Bukan lokomotor
C (individu)
Skiping mengunakan gelung



Gelung : 1
17
Bukan lokomotor
A B C dan D (kumpulan )

Berdiri sambil menggolek dan melambung gelung kepada rakan
Gelung : 4
18
Lokomotor
C dan D(kumpulan)
Skipping sambil berlari
secara berpasangan           

Tali : 1
19
Lokomotor
A (individu)
Melompat di atas papan anjal dan memukul bola yang dibaling oleh rakan.
Bola : 1
20
Bukan lokomotor
A B C dan D (kumpulan)
Berdiri sambil memutar gelung dan meleret kepada rakan dalam bulatan.

Gelung : 1


17
 
 


1 comment:

  1. How to play pokies - DrMCD
    ‎How to play pokies · ‎How to play pokies · ‎How to play pokies · ‎How 강릉 출장안마 to play 포천 출장마사지 pokies 의왕 출장안마 · 화성 출장마사지 ‎How to play 평택 출장마사지 pokies

    ReplyDelete